Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenyataan media Sarawak United berhubung pengunduran Sathiananthan daripada pasukan berkenaan.

Sarawak United FC umum Ketua Jurulatih baharu

KUCHING, 20 Jun : Sarawak United FC (SUFC) mengumumkan pengunduran B. Sathianathan selaku ketua jurulatih pasukan berkenaan hari ini.

SUFC menjelaskan, Sathiananthan mengundur diri daripada pasukan Kenyalang Emas berikutan faktor kesihatan.

“Beliau memerlukan pemerhatian khusus dan rawatan susulan daripada pakar.

“Sehubungan itu, pengurusan SUFC ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas khidmat kepada pasukan selama ini,”jelas SUFC menerusi kenyataan media.

Ekoran itu, tugas yang ditinggalkan oleh bekas Ketua Jurulatih Kebangsaan itu akan diambil alih oleh S. Balachandran berkuat kuasa serta -merta.

Jelas kelab berkenaan, keputusan itu diambil oleh pengurusan bersama Presiden, Dato Posa Majais bagi meneruskan kemaran pasukan dalam saingan Liga Super.

Semalam, Sarawak dikejutkan dengan kekalahan besar 0-7 kepada Selangor FC di Kelana Jaya.

Ini merupakan kekalahan besar kali kedua selepas ditewaskan JDT 0-6 pada aksi kedua Liga Super di tempat lawan .

Selepas mengharungi 10 permainan, Sarawak United FC kini tercicir ke tangga ke-11 liga dengan tujuh mata manakala Penang FC yang memungut empat mata berada di dasar liga.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan