Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan meminda akta sedia ada berkaitan permit kerja warga luar dalam masa terdekat.

Sarawak cadang beri permit kerja 5 tahun kepada profesional

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 21 Jun : Kerajaan Sarawak bercadang untuk memberikan permit kerja selama lima tahun kepada tenaga profesional luar yang berkhidmat di negeri ini.

Premier Sarawak, Dato Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana kepakaran luar sangat diperlukan terutamanya dalam beberapa sektor untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan meminda akta sedia ada dalam masa terdekat.

“Pindaan berkenaan kelak hanya melibatkan tenaga kerja profesional sahaja kerana kita tidak mahu permit berkenaan disalahguna,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Persidangan Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Abang Johari berkata, ketika ini tenaga kerja bukan rakyat Sarawak yang berkhidmat di negeri ini perlu memperbaharui permit mereka pada setiap tahun.

Katanya, proses pindaan berkenaan dijangka mengambil masa sekitar tiga bulan sebelum dapat dilaksanakan.

“Sarawak memerlukan kepakaran luar terutama dalam sektor hidrogen, karbon dan solar yang mana menjadi fokus kita untuk menambah pendapatan negeri,”katanya.

Sementara itu, pada majlis penutup IDECS 2022, Abang Johari turut menyaksikan majlis memeterai Momerandum Persefahaman (MoU) melibatkan tujuh buah syarikat tempatan dengan beberapa syarikat gergasi termasuk Microsoft Malaysia untuk memantapkan sektor ekonomi digital di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan