Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Isi biji dabai sehebat pistachio mampu jadi produk baru Sarawak – Uggah

KUCHING, 21 Jun : Isi dari dalam biji buah Dabai, sejenis buah bermusim di Sarawak, yang rasanya seakan-akan kacang Pistasio, boleh diangkat sebagai satu lagi produk asli dari negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak, namun bijinya yang mengandungi isi yang boleh dimakan itu biasanya dibuang begitu sahaja.

“Isinya (dari dalam biji buah dabai) sebenarnya boleh dimakan, rasanya enak seperti kacang Pistasio, dan jika dimanfaatkan boleh menjadi inovasi yang dapat ditingkatkan lagi untuk menjadi satu lagi produk,” katanya kepada pemberita sewaktu meninjau Bazar Festival Gawai di sini.

Menurutnya bazar anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di perkarangan Dewan MBKS itu merupakan salah satu wadah untuk mempromosikan makanan asli orang Sarawak, selain memberi peluang kepada usahawan Dayak untuk menjana pendapatan dengan memperkenalkan produk keluaran mereka.

“Dengan mempersembahkan pelbagai kelainan dan keunikan, bazar ini juga boleh menarik minat ramai orang untuk datang, bukan sahaja orang tempatan malah orang luar dari Semenanjung dan pelancong luar negeri,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan