Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS) Mohd Radzlan Jalaludin.

Ribuan pelajar Indonesia hadir program Ayo Kuliah di Malaysia 2022

JAKARTA, INDONESIA 20 Jun : Kedutaan Besar Malaysia bersama Education Malaysia Indonesia (EMI), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) menganjurkan pameran Ayo Kuliah di Malaysia 2022 di pejabat kedutaan hari ini.

Pameran itu merupakan acara tahunan yang mula dianjurkan sejak 2018 dan berjaya menarik kehadiran kira – kira 7,000 pengunjung.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq berkata, sambutan berkenaan adalah di luar jangka kerana penganjur hanya menyasarkan kehadiran sekitar 3,000 orang sahaja.

“Acara ini ditangguhkan selama dua tahun akibat pandemik namun berdasarkan sambutan hari ini, kita mendapati ramai pelajar Indonesia berminat untuk menyambung pengajian tinggi mereka di universiti -universiti di Malaysia,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Education Malaysia, Prof Madya Dr Mohd. Azmir Mohd Nizah berkata, Malaysia merupakan salah satu destinasi utama yang menjadi pilihan kepada mahasiswa asing yang mencari pendidikan tinggi berkualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Acara tahun ini disertai oleh 27 universiti awam, swasta dan antarabangsa di Malaysia,”katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services, Mohd. Radzlan Jalaludin berkata, antara faktor yang menjadi tarikan utama pelajar Indonesia menyambung pengajian di Malaysia ialah kerana kos yang berpatutan berbanding beberapa negara lain.

“Selain itu ia juga diperkukuhkan oleh dasar Kerajaan Malaysia menerusi KPT yang telah melaksanakan beberapa langkah untuk memastikan pengajian tinggi di Malaysia sentiasa kompetetif dan diakui di peringkat global,”katanya.

Berhubung jumlah pelajar Indonesia di universiti – universiti di Malaysia, beliau memberitahu ketika ini statistik menunjukkan seramai 11,846 orang merupakan pelajar republik ini daripada jumlah keseluruhan pelajar asing seramai 100 381 orang di Malaysia,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan