Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelakon lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat kes pukul seorang penduduk kondominium di Sentul di sini Khamis lepas telah dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari tadi. 

Pelakon terlibat kes pukul dibebaskan dengan jaminan polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun : Seorang pelakon lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat kes pukul seorang penduduk kondominium di Sentul di sini Khamis lepas telah dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari tadi. 

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki warga tempatan berusia 30-an yang direman bagi membantu siasatan itu, telah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merekodkan keterangannya.

Beliau ketika dihubungi berkata kertas siasatan melibatkan suspek akan dilengkapkan segera untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

Beberapa media sebelum ini melaporkan pelakon itu ditahan selepas dikatakan menumbuk dan menendang seorang lelaki yang dipercayai sedang bertengkar dengan pengawal keselamatan kodominium berkenaan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan