Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd AsriĀ  mencipta detik sejarah negara apabila memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, hari ini.

Nurul Izzah cipta sejarah, pelumba wanita pertama Malaysia menang emas Kejohanan Asia

KUALA LUMPUR, 19 Jun : Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd AsriĀ  mencipta detik sejarah negara apabila memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, hari ini.

Pelumba berusia 19 tahun itu mencatat namaĀ sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan ituĀ  apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s) di Velodrom Kompleks Indira Gandhi, New Delhi.

Pencabar terdekat Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s manakala wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s, menurut laman rasmi kejohananĀ www.atcc2022.com.

Sementara itru, pelumba Olimpik, Muhammad Shah Firdaus Shahrom meraih pingat perak dalam acara akhir keirin lelaki selepas tumpas kepada pelumba Jepun, Kohei Teraski manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.

Seorang lagi pelumba keirin negara, Fadhli Zonis hanya mampu mengakhiri saingan di tempat ketujuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan