GEORGE TOWN, 20 Jun : Seorang nelayan ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot ketika sedang memukat ikan di perairan Pulau Jerejak, di sini semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, pihaknya terus mengerakkan sebuah bot untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai M.Rajendran, 56.
“Sebaik tiba di lokasi pada 3.15 petang, kami menemukan mayat mangsa dalam keadaan terapung berhampiran bot yang dinaiki bersama rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya menurut rakannya, mangsa terjatuh ke dalam laut selepas kakinya terbelit di pukat ketika mereka sedang memukat ikan di perairan Pulau Jerejak.
Mayat mangsa dihantar ke Hospotal Seberang Jaya untuk dibedah siasat. – TVS