KUCHING, 19 Jun : Sarawak United FC menampilkan aksi longlai dalam saingan Liga Super yang bersambung semula apabila dibelasah 0-7 oleh Selangor FC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.
Pesta jaringan Gergasi Merah dimulakan oleh Brendan Gan yang membuat kemunculan semula dengan jaringan pada minit ketujuh.
Tuan rumah menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-23 menerusi jaringan menerusi jaringan Hyuri Henrique dan semakin selesa apabila Herlison Caion de Sousa mencatatkan nama selaku penjaring pada minit ke-45.
Separuh masa kedua terus menjadi milik Selangor apabila Nor Hakim Hassan mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-51.
Herlison kemudian menambah duka Kenyalang Emas menerusi jaringan pada minit ke-74 dan memastikan hatriknya dengan jaringan pada minit ke-88.
Aliff Haiqal menutup kemenangan besar tuan dengan jaringan pada minit ke-92.
Selepas mengharungi 10 permainan, Sarawak United FC kini tercicir ke tangga ke-11 liga dengan tujuh mata manakala Penang FC yang memungut empat mata berada di dasar liga.-TVS