Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemandu lori maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik dipercayai ketika memasang antena di halaman rumah di Kampung Keluru Jaya, dekat sini pada Ahad.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

BEKENU, 20 Jun : Seorang pemandu lori maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika memasang antena di halaman rumah di Kampung Keluru Jaya, dekat sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II Rary Binjie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.59 petang.

Katanya, sepasukan enam orang anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 47 kilometer dari BBP Batu Niah.

“Setibanya pihak kami di lokasi kejadian pada jam 4.46 petang, ahli keluarga telah memaklumkan bahawa mangsa telah dikejarkan ke klinik kesihatan Bekenu.

“Mereka memberitahu bahawa mangsa telah terkena renjatan elektrik dan tidak sedarkan diri semasa beliau membuat permasangan antena di halaman rumah menggunakan galah alluminium yang tersentuh pada kabel letrik berhampiran” katanya ketika dihubungi TVS.

Menurut Rary, ahli keluarga turut memaklumkan pihaknya bahawa mangsa yang berusia 39 telah meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan berkenaan.

“Pihak kami telah menjalankan pemeriksaan untuk memastikan keadaan terkawal dan selamat di lokasi kejadian sebelum bertolak balik ke balai pada 5.25 petang” katanya lagi.

Seramai enam orang anggota bomba diketuai oleh seorang pegawai bomba kanan terlibat dalam operasi tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan