Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak telah berjaya menumpas kegiatan dadah di dua kawasan berbeza di Betong.

Kawasan hutan jadi ‘sarang’ dadah di Betong

ByDouglas Elliot

KUCHING, 20 Jun: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak telah berjaya menumpas kegiatan dadah di dua kawasan berbeza di Betong dalam satu operasi khas, 18 Jun lalu.

Dalam serbuan pertama, sebuah kawasan hutan di Jalan Tisak telah dijadikan sebagai ‘sarang’ aktif bagi aktiviti dadah di daerah berkenaan manakala sebuah rumah di Beladin telah dijadikan sebagai port jualan.

Polis juga merampas dadah jenis syabu yang bernilai RM13,230 dan wang tunai berjumlah RM7,488 semasa serbuan tersebut.
Polis juga merampas dadah jenis syabu yang bernilai RM13,230 dan wang tunai berjumlah RM7,488 semasa serbuan tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata 21 suspek telah ditangkap termasuk tiga suspek wanita berusia antara 18 hingga 54 tahun.

“Semakan rekod mendapati empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah, manakala dua lagi mempunyai rekod lampau kes dadah dan jenayah,” kata Azman.

Ujian saringan awal air kencing mendapati 18 lelaki dan seorang wanita positif dadah jenis methamphetamine.

Polis juga merampas dadah jenis syabu yang bernilai RM13,230 dan wang tunai berjumlah RM7,488 dan barang kemas bernilai RM27,988.

21 suspek telah ditangkap termasuk tiga suspek wanita berusia antara 18 hingga 54 tahun.
21 suspek telah ditangkap termasuk tiga suspek wanita berusia antara 18 hingga 54 tahun.

“Kesemua dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 661 orang penagih dadah,” tambah Azman.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan