Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022 mencapai sasaran kehadiran 12,000 pengunjung, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

RWMF capai sasaran kehadiran 12,000 pengunjung – Abdul Karim

KUCHING, 19 Jun :  Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022 mencapai sasaran kehadiran 12,000 pengunjung, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Berpuas hati dengan angka itu, beliau berkata 92 peratus daripada pengunjung adalah rakyat tempatan manakala selebihnya adalah warga asing dengan 41 negara menyertai festival itu secara fizikal.

“Pada hari pertama, kita mempunyai kira-kira 2,000 pengunjung, hari kedua sebanyak 7,000 dan hari ini 3,000 orang menghadiri festival ini. Saya tidak menjangkakan perkara ini tetapi ia mengejutkan saya, ramai datang ke Sarawak untuk menikmati persembahan ini. Lima pengunjung teratas yang hadir secara fizikal adalah dari Malaysia, Singapura, United Kingdom, Indonesia dan Australia,” katanya.

Bercakap pada sidang media di Kampung Budaya Sarawak di sini hari ini, Abdul Karim berkata antara negara yang terlibat ialah Sepanyol, Rusia, Jepun dan Brunei, manakala tiket maya untuk festival tiga hari itu kebanyakannya dijual ke negara seperti China, Australia, Amerika Syarikat dan Sweden.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri berkata bilangan pengunjung dari luar negara tidak begitu memberangsangkan kerana banyak negara masih melaksanakan kuarantin wajib dan ini menghalang orang ramai daripada melancong.

Bagaimanapun, Nancy berkata pihaknya yakin menjelang tahun depan, festival itu akan dapat menarik lebih ramai pengunjung luar negara kerana kementeriannya giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan termasuk RWMF sebagai satu daripada tarikan.

“Kita baru sahaja buka sempadan April lepas dan bermula Mei, SOP (prosedur operasi standard untuk kemasukan menerusi sempadan) lebih longgar dan ia mungkin SOP terbaik anda (pelancong) boleh dapatkan di dunia,” katanya.

Bertemakan ‘25th Legendary Rainforest Celebration’, festival ikonik Sarawak yang bermula pada 17 hingga 19 Jun itu menampilkan pemuzik dari negara seperti China, Australia, India, Singapura, Indonesia, Kanada, Estonia, Itali, Jepun, Madagascar, Amerika Syarikat dan Vietnam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan