Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima dilaporkan terkorban selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras banjir di China.

Lima korban banjir di China, hujan lebat dalam tempoh 60 tahun

ByNina Azman

BEIJING, 19 Jun: Bahagian selatan China kini dilanda banjir besar susulan ribut kuat yang membadai kawasan itu.

Reuters melaporkan kejadian tanah runtuh dilaporkan di beberapa kawasan luar bandar.

Dua wilayah iaitu Guizhou dan Guangxi merupakan kawasan yang terjejas teruk apabila laporan menyebut terdapat kejadian rumah satu tingkat dan kereta dihanyutkan arus deras.

Bencana berkenaan juga tular di media sosial negara itu apabila hujan lebat dalam tempoh 60 tahun itu menyebabkan ribuan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing – masing.

Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan lima penduduk kampung di Guangxi terbunuh apabila sebuah rumah kayu runtuh semalam selain berlaku kerosakan jalan.

Hujan lebat dijangka berterusan di Guizhou, Jiangxi, Anhui, Zhejiang dan Guangxi sehingga minggu depan.

Kebelakangan ini, banjir ketika musim panas di China semakin teruk dengan pakar mengaitkan dengan aktiviti penebangan hutan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan