Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Dr. Wee Jeck Seng.

KPSM boleh bantu ahli tangani isu kenaikan harga baja

TAWAU, 19 Jun : Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) seluruh negara perlu memain peranan membantu ahli berdepan beban kos pengeluaran minyak sawit tinggi susulan kenaikan harga baja.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Dr. Wee Jeck Seng berkata, KPSM boleh mengambil pendekatan sama ada membeli baja secara pukal atau memaksimumkan penggunaan baja organik bagi tujuan itu.

Menurutnya, kerajaan menyedari isu kenaikan harga baja yang bukan sahaja dialami oleh negara ini tetapi juga negara lain akan memberi kesan kepada sektor perladangan khususnya pekebun kecil.

“Sebab itu KPSM boleh memainkan peranan mungkin beli secara pukal untuk bantu ahli kurangkan kos dan kementerian juga kalau boleh laksanakan projek baja organik untuk buat baja,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Timbang KPSM Tawau Berhad, Sabah di sini hari ini.

Terdahulu katanya sehingga Mei 2022 sebanyak 69 KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara iaitu 24 di Semenanjung, 27 di Sabah dan 18 KPSM di Sarawak dan daripada jumlah itu 61 KPSM telah melaksanakan jualan kelompok buah tanda segar (BTS) terus ke kilang dengan jumlah sebanyak 314,834.15 tan.

Katanya, pelbagai bantuan dan sokongan telah disalurkan kerajaan bagi meningkatkan aktiviti koperasi dan sumbangannya kepada pembangunan pekebun kecil sawit.

“Kerajaan telah memperkenakan geran bagi pembinaan pusat timbang sebanyak RM200 ribu bagi sebuah koperasi dan penyediaan geran sebagai modal untuk menampung kos penyediaan tapak, pembinaan platform dan pembelian jambatan timbang oleh KPSM,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan