Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Korea Selatan nyatakan komitmen beli 100 000 tan tenaga hidrogen dari Sarawak

KUCHING, 19 Jun : Dasar Sarawak yang memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui menerusi penggunaan hidrogen mula membuahkan hasil apabila berjaya menarik minat negara maju untuk membelinya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, baru – baru ini Korea Selatan menyatakan hasrat untuk membeli sebanyak 100,000 tan hidrogen menjelang 2025 hingga 2026.

“Korea (Selatan) akan membeli tenaga hidrogen kita (Sarawak).

“Ini akan menyuntik pendapatan kepada negeri dan secara tidak langsung peluang pekerjaan kepada rakyat dapat diwujudkan,”katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tritahunan Parti Ke-15 PBB di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Yang Dipertua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta pemimpin – pemimpin tertinggi parti bersama lebih 2,000 perwakilan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Terdahulu, Pejabat Premier Sarawak dalam satu kenyataan menyebut, Sarawak sedang berunding dengan syarikat dari Korea Selatan dan Jepun yang berminat untuk melabur dalam penubuhan kemudahan pengeluaran di Bintulu bagi mengeluarkan hidrogen hijau dengan prospek pembelian balik oleh negara masing-masing.

Untuk rekod, Sarawak merupakan negeri perintis dalam penerokaan teknologi hidrogen yang menyaksikan penyediaan kemudahan pengeluaran hidrogen pertamanya di Kuching dan menjalankan percubaan terhadap dua unit bas berkuasa hidrogen.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan