Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gerak PBB 1828 bukti parti bukan untuk ‘senior’ sahaja

KUCHING, 19 Jun : Pelancaran Gerak 1828 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuktikan parti itu bukan hanya untuk golongan ‘senior’ semata – mata.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Sayap Bumiputera PBB, Mohammad Razi Sitam berkata, parti itu kini terbuka untuk generasi baharu menunjukkan minat mereka dalam politik dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Kita (PBB) tidak mahu orang muda anggap mereka disisihkan oleh parti besar di Sarawak.

“Apa yang dirancangkan melalui Gerak 1828 itu adalah satu langkah yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sempena Perhimpunan Agung Tritahunan PBB Ke-15 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, Gerak 1828 juga menjadi platform kepada golongan berkenaan untuk menjadi seorang pemimpin.

“Sebagai salah seorang Ahli MT parti, kita ada usaha baharu untuk menjadikan PBB menjadi parti terkuat di Sarawak, bukan sahaja di kalangan dewasa malah turut menerima sokongan padu orang muda,”katanya.

Sementara itu, keputusan pemilih MT yang diumumkan hari ini menyaksikan Mohammad Razi berjaya memasuki senarai berkenaan dengan menerima 860 undi.

Selain Razi, 10 lagi ADUN turut tersenarai mengisi jawatan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan