Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Sungai Timpangoh, Kampung Pogunan di Penampang, di sini petang semalam.

Dua remaja dikhuatiri lemas di Sungai Timpangoh

KOTA KINABALU, 19 Jun : Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Sungai Timpangoh, Kampung Pogunan di Penampang, di sini petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa, Harold Walter dan Tomansi Olaf yang masing-masing berumur 17 tahun ketika ini masih belum ditemui.

“Empat lagi rakan iaitu Jeremiah Maxwell, Constant Felix, Jameson Johnwai dan Bryan Lee terperangkap semasa mandi di sungai tersebut telah berjaya diselamatkan,”jelas PGO Sabah menerusi kenyataan media.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.10 petang semalam.

Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pagi ini oleh pasukan JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama penduduk kampung.

Operasi pencarian giat dijalankan ketika ini di sekitar kawasan mangsa dilaporkan hanyut menggunakan kaedah “surface rescue”. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan