KUCHING, 19 Jun : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol diumumkan sebagai salah seorang daripada pemenang pemilihan Sayap Bumiputera, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sesi 2022 hingga 2025.
Pengumuman oleh Pengerusi Pemilihan Perhimpunan Agung Ke-15 PBB, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah pagi tadi turut menyaksikan ADUN Jemoreng, Dato Dr Juanda Jaya dan ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman memasuki senarai 16 yang dipilih.
Selain itu, ADUN Daro, Safiee Ahmad dan ADUN Sadong Jaya, Aidel Lariwoo juga merupakan antara wakil rakyat yang berjaya mengisi senarai berkenaan.
Turut tersenarai Dr. Hazland Abang Hipni, Mohammad Razi Sitam dan Awla Idris.
Terdahulu, Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, seramai 22 calon bertanding untuk Sayap Bumiputera manakala 14 tempat MT Sayap Pesaka tidak dipertandingkan. -TVS