Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kredit : Belgian Foreign Affairs, Foreign Trade and Development.

Belgium setuju laksana kerja empat hari seminggu

BRUSSELS, 18 Jun : Kerajaan gabungan di Belgium pada Jumaat mengumumkan ia bersetuju terhadap pembaharuan rang undang-undang buruh termasuk kemungkinan membenarkan tempoh bekerja empat hari dalam seminggu, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Perjanjian pekerjaan” bertujuan memberi fleksibiliti dan kebebasan dalam bekerja dengan objektif meningkatkan kadar tenaga kerja dalam kalangan dewasa melebihi 80 peratus berbanding 70.6 peratus menjelang 2030.

Sebagai aspek paling penting terhadap pembaharuan itu, Belgium akan mengurangkan hari bekerja daripada lima hari kepada empat dengan mengekalkan tempoh waktu bekerja mingguan.

Daripada segi praktikal, pekerja boleh bekerja 10 jam setiap hari dan bukan lapan jam seperti kebiasaan, serta mendapat cuti tambahan setiap minggu sebagai balasan.

Pekerja juga diberi pilihan lain, seperti mengambil cuti sepanjang minggu atau menggilir tempoh waktu kerja 10 jam dan lapan jam

Rang undang-undang itu bagaimanapun masih belum diluluskan di peringkat persekutuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan