Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bercakap kepada pemberita selepas hadiri Majlis Perhimpunan Agung ke-15 Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 parti itu di sini.

Uggah Embas ‘tegur’ Menteri PBB laksanakan tugas dengan cemerlang

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Jun : Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mengingatkan wakil rakyat parti itu yang memegang jawatan menteri dalam Kabinet Sarawak supaya melaksanakan tugas dengan sebaiknya untuk manfaat rakyat.

Secara berseloroh, Douglas Uggah berkata, peringatan itu bukan sahaja membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Kabinet Sarawak malah juga kepada Ahli Parlimen PBB yang menjadi menteri di Persekutuan.

“Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) jangan menaikkan harga ayam.

“Datuk Roland Sagah Wee Inn (Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak) baiki sekolah daif dengan segera,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Agung ke-15 Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 parti itu di sini.

Douglas Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak turut menyentuh isu masalah air Sarawak dengan ‘menyeru’ Menteri terlibat supaya menyelesaikan perkara itu.

“Saya minta Datuk Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi) supaya selesaikan segera kemelut air yang berlaku di Miri,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan