Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selepas dua tahun tanpa acara fizikal, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2022 kembali menggegarkan Sarawak hari ini. Foto: Faitullah Morni

RWMF 2022 buka tirai di Kampung Budaya Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 17 Jun : Selepas dua tahun tanpa acara fizikal, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2022 kembali menggegarkan Sarawak.

Tidak sekadar konsert, RWMF 2022 turut menyajikan pelbagai acara menarik yang menyantuni setiap lapisan masyarakat.

Tidak ketinggalan, mereka yang berkeluarga juga boleh merasai kemeriahan acara yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak ini.

Meskipun hujan pada hari ini yang merupakan hari pembukaan, pengunjung tempatan dan luar dilihat tetap memeriahkan venue persembahan.

Ketua Pengarah Eksekutif Sarawak Tourism Board (STB), Sharzede Datu Salleh Askor berkata, RWMF merupakan salah satu daya tarikan pelancongan Sarawak yang mampu menjana ekonomi negeri.

Katanya, acara ini yang berjaya menarik pelawat antarabangsa sangat bagus untuk pertumbuhan industri pelancongan.

“Selepas pembukaan sempadan, pelancongan sangat penting kerana ia memberi akses untuk pelancong luar masuk.

“Ini amat baik untuk Sarawak,”tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Sarawak Tourism Board (STB), Margaret Apau berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 4,000 pengunjung sehari akan menghadiri RWMF kali ini.

Katanya, pada sebelah siang, acara seperti bengkel dan bazar akan berlangsung manakala konsert akan mengambil tempat pada sebelah malam.

“Lebih menarik bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri RWMF ini secara fizikal, anda boleh menikmatinya secara dalam talian,”katanya.

Selain itu, Margaret turut berharap agar acara tahunan ini mampu dijadikan platform bagi pengunjung untuk menghabiskan hujung minggu mereka dengan bermakna sambil menyaksikan lebih 50 persembahan yang diatur.

RWMF 2022 pada tahun ini turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25 sejak kali pertama berlangsung pada 1998.

Acara ini bermula hari ini 19 Jun 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan