Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara dadah yang dirampas polis Sibu dalam serbuan semalam.

Remaja lelaki miliki syabu dicekup di Sungai Bidut

SIBU, 17 Jun : Seorang remaja lelaki yang baharu berjinak-jinak dengan kegiatan penyalahgunaan dadah ditahan polis di sebuah rumah di Sungai Bidut di sini semalam.

Suspek yang berusia 20 tahun ditahan ketika sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD ) Sibu menyerbu lokasi berkenaan pada pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah , Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, hasil pemeriksaan terhadap beg getah milik suspek, polis menjumpai satu paket plastik yang mengandungi 19 plastik lutsinar pelbagai saiz yang berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua dadah seberat 18.35 gram itu dianggarkan bernilai RM1,835,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, barang kes dirampas manakala suspek disiasat mengikut Seksyen 39A ( 1 ) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau memberitahu, suspek telah dituduh di Mahkamah Sibu pada hari ini namun tiada pengakuan daripadanya.

Difahamkan, suspek baharu terjebak dalam dalam kegiatan penagihan dadah sejak Februari tahun ini. – TVS

Tags: dadah, sibu, syabu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan