Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung ke-15 Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB  sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 parti itu di sini.

Pindaan dua RUU buka laluan Sarawak tingkatkan pendapatan negeri -Douglas Uggah

ByAkma Salleh

KUCHING, 17 Jun : Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 dan RUU Hutan (Pindaan) 2022 yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru – baru ini telah membuka laluan untuk negeri ini meningkatkan sumber pendapatannya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat beberapa perkara telah dibincangkan berhubung perkara itu.

“Pindaan itu membolehkan kita (Kerajaan Sarawak) mempunyai kuasa ke atas ruang angkasa termasuk yang digunakan dan sebagainya.

“Jadi itu merupakan potensi untuk meningkatkan pendapatan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung ke-15 Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 parti itu di sini.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ‘memberi bayangan’ Kerajaan Sarawak telah mencapai kata sepakat pada Mesyuarat Kabinet Negeri baru – baru ini berhubung usaha untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Kata Abang Johari, langkah itu sejajar misi untuk merealisasikan Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dilancarkan oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, Douglas Uggah turut memaklumkan, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari juga berusaha untuk mengetahui cara meningkatkan hasil pendapatan negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan