Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PBB dijangka akan meminda perlembagaannya untuk mewujudkan sayap belia.

PBB akan pinda perlembagaan untuk penubuhan sayap belia

KUCHING, 17 Jun : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan meminda perlembagaannya untuk mewujudkan sayap baharu iaitu pergerakan belia.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara itu akan dibawa dan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 yang bermula esok.

“Kita lihat nanti bagaimana keputusan untuk meminda perlembagaan ini bagi membolehkan pembentukan sayap baharu.

“Mungkin akan ada satu forum untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Ke-15 Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB di sini hari ini.

Sebelum ini, Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan keputusan untuk menubuhkan sayap itu adalah bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk bersama-sama berjuang dan berkhidmat demi kesejahteraan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan