Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gwen Kimberly James sebak ketika menerima keputusan SPM di SMK Three Rivers hari ini.

Dedikasi keputusan 9A SPM untuk nenek yang meninggal dunia – Gwen Kimberly James

MUKAH , 16 Jun : Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 membuktikan dugaan kehilangan insan tersayang ketika sedang menduduki peperiksaan berkenaan tidak mematahkan semangatnya untuk mencatat keputusan cemerlang.

Hari ini, Gwen Kimberly James, 18, menangis kegembiraan selepas mendapat keputusan cemerlang 9A bagi semua subjek yang diambilnya.

Diuji dengan kematian neneknya tiga hari sebelum menduduki kertas Matematik Tambahan yang merupakan kertas terakhirnya, Gwen Kimberly berkata, dia menguatkan tekad ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

“Saya mendedikasikan keputusan ini buat nenek, Nip Goor yang meninggal dunia pada Mac lalu.

“Keputusan ini sangat bermakna kerana nenek selalu memberi semangat dan nasihat untuk saya terus belajar dengan gigih,”kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers itu.

Gwen merupakan satu-satunya calon sekolah itu yang mendapat keputusan semua A bagi subjek yang diambil.

“Pastinya nenek akan berasa gembira dan bangga dengan kejayaan saya ini,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui pemberita.

Berkongsi cabaran lain yang terpaksa ditempuhinya, Gwen berkata, dia perlu membiasakan diri apabila sekolah ditutup dan tidak dapat belajar secara bersemuka.

“Oleh itu saya dan rakan – rakan terpaksa belajar secara dalam talian untuk tempoh yang lama,”katanya.

Sebelum ini Gwen Kimberly menerima Anugerah Tokoh Tom Bazeley 2021 yang diberikan kepada pelajar cemerlang SMK Three Rivers Mukah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Gwen turut berkongsi rahsia kecemerlangannya iaitu bijak membahagikan masa serta mempunyai rehat yang mencukupi. -TVS

Tags: mukah, spm2021

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan