Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad, Dato Abdul Mutalib Alias mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Bintulu Port Holdings Berhad hargai sokongan Kerajaan Sarawak

KUCHING,17 Jun : Bintulu Port Holdings Berhad menghargai sokongan padu yang diberikan Kerajaan Sarawak terhadap operasi berkenaan.

Pengerusinya, Dato Abdul Mutalib Alias berkata, pada masa sama pihaknya yakin idea – idea pembangunan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mampu untuk membantu rakyat Sarawak.

“Inisiatif yang dilaksanakan oleh Premier Sarawak dilihat membantu rakyat dalam pelbagai aspek.

“Menerusi pertemuan sebentar tadi, Abang Johari turut berkongsi idea kreatif untuk membangunkan Sarawak yang pada pendapat saya, mempunyai wawasan yang jelas,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai delegasi pelabuhan berkenaan mengadakan kunjung hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Jelas Abdul Mutalib, pada pertemuan itu antara perkara yang dibincangkan termasuklah urusan Bintulu Port dan isu lain yang memanfaatkan rakyat termasuk perumahan.

“Sehubungan itu pada masa hadapan, saya berharap kerjasama erat yang terjalin di antara Bintulu Port dengan Kerajaan Sarawak akan berterusan,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan