Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Belgium inginkan kerjasama ‘menang-menang’ dengan Sarawak – Duta Besar Belgium

ByNazirah Adlina

KUCHING, 17 Jun : Belgium berhasrat untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Sarawak dan seterus nya mewujudkan situasi ‘menang-menang’ untuk kedua belah pihak.

Menurut Duta Besar Belgium, Pascal Hubert Gregoire, ini kerana mereka komited untuk mengadakan kerjasama untuk jangka masa panjang dengan Sarawak.

“Kerjasama dengan Sarawak bukan untuk jangka masa 2 tahun. Bukan 3 tahun dan bukan 10 tahun, tetapi untuk 20 hingga 50 tahun yang akan datang.” katanya apabila ditemu bual ketika melawat Buddhist Temple di Muara Tebas, Kuching.

Beliau menambah, antara tujuannya ke Sarawak bukan sahaja untuk melawat tempat-tempat yang menarik, tetapi juga untuk meninjau potensi Sarawak sebagai rakan kerjasama Belgium.

“Namun, walaupun ini kali keenam saya melawat Sarawak, saya tidak berkesempatan untuk melawat kawasan luar Kuching dan berharap untuk melawat bahagian lain seperti Sibu dan Bintulu pada masa depan.”

Sementara itu, beliau turut memuji keindahan Sarawak serta berharap dengan lawatannya kali ini, beliau dapat mempelajari dengan lebih mendalam tentang keunikan masyarakat dan budaya tradisi berlainan etnik di sini.

Mengiringi beliau ialah Presiden Persatuan Persekutuan Cina Sarawak (SCFA), Datuk Richard Wee dan isterinya, Pengerusi Sarawak Culinary Heritage and Arts (SCA), Datin Donna Drury Wee, Timbalan presiden SCFA, Tay Yu Siang serta Ketua Buddhist Temple Muara Tebas, Teo Teck Yaw. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan