Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Perhimpunan Agung Ke-15 Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 di sini hari ini.

Bantuan RM300 untuk belia 17 tahun Sarawak miliki lesen akan dipertimbangkan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Jun : Kerajaan Sarawak akan menimbangkan cadangan pemberian bantuan RM300 kepada remaja berusia 17 tahun di negeri ini untuk memiliki lesen memandu.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, idea yang disuarakan oleh bekas Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Gerald Rentap Jabu itu akan diteliti sebaiknya sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Saya ambil maklum cadangan untuk menyediakan bantuan dengan jumlah dinyatakan pada setiap tahun kepada seramai 4,000 belia Sarawak untuk urusan lesen motosikal atau lesen memandu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Agung Ke-15 Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 parti itu di sini.

Terdahulu Gerald Rentap ketika ucapan alu -aluan terakhirnya sebagai Ketua Pemuda PBB mencadangkan bantuan berkenaan diberikan kepada remaja yang menyambut hari jadi ke 17 mereka.

Katanya, inisiatif berkenaan sekiranya dilaksanakan boleh membantu belia untuk berkecimpung dalam industri penghantaran makanan atau barangan.

Gerald akan diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh selepas mendapat sokongan sebulat suara seperti diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Konvensyen PBB, Dato Awang Bamee Awang Ali Basah pada 11 Jun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan