Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Saiz kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini bertambah dengan penyertaan tiga lagi sukan dan 12 atlet berpotensi untuk ke temasya sukan itu bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

12 atlet lagi tersenarai ke Sukan Komanwel Birmingham

KUALA LUMPUR, 17 Jun : Saiz kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini bertambah dengan penyertaan tiga lagi sukan dan 12 atlet berpotensi untuk ke temasya sukan itu bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan keseluruhan 107 atlet terdiri daripada 69 lelaki dan 38 wanita, yang akan membawa cabaran negara di Birmingham dengan sasaran tujuh emas.

Pemilihan mereka yang diletakkan dalam senarai pertimbangan sebelum ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dipengerusikan presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

“Atlet-atlet tersebut adalah terdiri daripada golongan atlet muda dan pemenang pingat di temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam yang lalu,” menurut kenyataan MOM hari ini.

Sementara itu, penambahan tersebut melibatkan sukan judo, tinju dan triathlon iaitu masing-masing diwakili dua atlet, selain olahraga yang menambah tiga atlet, terjun (1) dan renang (2).

Sebelum ini skuad olahraga ke Birmingham dibarisi empat atlet sementara terjun dan renang masing-masing 11 dan dua atlet.

Selasa lepas, Mohamad Norza berkata sasaran tujuh pingat emas dijangka dicapai menerusi sukan badminton yang diharap menyumbang dua emas, manakala masing-masing sebutir emas menerusi gimrama, boling padang, angkat berat, skuasy dan powerlifting (sukan para). –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan