Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah merasmikan Seminar Keusahawanan Wanita Luar Bandar dan Bengkel Wanita Luar Bandar: How To Make Your 1st Million Zon Sarawak di sini semalam. Foto Bernama.

Wanita mampu beri saingan, raih pendapatan lumayan dalam ekonomi

LIMBANG, 16 Jun : Penglibatan wanita dalam ekonomi dan keusahawanan kini sudah meningkat sehingga mampu memberi persaingan dan meraih pendapatan yang lumayan.

Ini termasuk wanita di kawasan luar bandar yang jika diberi peluang dan berbekalkan kemahiran serta penguasaan teknologi, mampu berjaya dan berdaya saing bukan hanya di peringkat tempatan bahkan di peringkat global.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata satu daripada 10 teras yang terangkum dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 kementeriannya adalah wanita luar bandar yang progresif.

“Dalam perincian teras wanita tersebut, tiga aspek yang dinyatakan adalah pemerkasaan ekonomi luar bandar, pemantapan khidmat sistem sokongan bagi wanita luar bandar dan pemerkasaan kepimpinan wanita luar bandar,” katanya semasa merasmikan Seminar Keusahawanan Wanita Luar Bandar dan Bengkel Wanita Luar Bandar: How To Make Your 1st Million Zon Sarawak di sini semalam.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya katanya, ilmu dan kemahiran berkaitan perniagaan perlu sentiasa ditingkatkan agar perniagaan yang diusahakan dapat kekal relevan dan bertambah maju.

Selain itu menurut beliau, strategi pemasaran juga telah berubah mengikut peredaran zaman iaitu pada hari ini pelbagai kaedah promosi yang cepat dan mudah melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok dapat digunakan selain urus niaga dalam talian yang membolehkan transaksi perniagaan dapat dijalankan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Hasbi berkata KPLB telah merangka strategi untuk meningkatkan peluang penglibatan wanita dalam sektor ekonomi dan keusahawanan, mengoptimumkan kapasiti dan kadar guna tenaga wanita serta meningkatkan pemilikan aset produktif, kadar pelaburan dan tabungan wanita.

Strategi itu merangkumi program latihan, seminar, bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) mahupun agensi-agensi di bawah KPLB yang dapat memberi manfaat kepada golongan wanita yang terlibat.

Beliau turut berharap seminar dan bengkel selama dua hari yang dianjurkan oleh INFRA itu dapat memberi peluang kepada peniaga dan usahawan wanita di Limbang bangkit kembali selepas terjejas ekoran pandemiK COVID-19 dan menyokong ekonomi keluarga mereka sehingga dapat menikmati tahap kehidupan yang lebih baik.

Seminar Keusahawanan Wanita Luar Bandar Zon Sarawak itu disertai 120 usahawan wanita manakala Bengkel Keusahawanan Wanita Luar Bandar: How To Make Your 1st Million Zon Sarawak pula disertai 40 usahawan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan