Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selangau Rafting Challenge bakal mewarnai Pesta Selangau 2022.

Selangau Rafting Challenge bakal mewarnai Pesta Selangau 2022

SELANGAU, 15 Jun: Pesta Selangau kembali berlangsung tahun ini selepas dua tahun ‘direhatkan’ akibat pandemik COVID-19.

Bakal bermula pada 27 sehingga 30 Julai ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang berkata, antara program yang akan diadakan kali ini ialah Selangau Rafting Challenge 2022.

Katanya, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) telah memilih Majlis Daerah Selangau (MDS) untuk menganjurkan program itu.

“Pesta Selangau ini merupakan acara tahunan yang diadakan selepas sambutan Hari Gawai yang disertakan pelbagai aktiviti untuk memeriahkan suasana sambutan.

“Pada program tersebut pelbagai program diadakan oleh Jawatankuasa yang diketuai MDLBS seperti berakit, karaoke, tarik tali dan permainan digital.

“Selain itu, terdapat juga acara sukan diadakan seperti perlawanan futsal untuk menggalakkan penyertaan belia dalam acara tersebut,” katanya kepada TVS.

Dalam pada itu, Christopher Gira yang juga merupakan Penanung Jawatankuasa Pesta Selangau 2022 bersama-sama dengan Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai berharap program tersebut akan berjalan lancar di samping memastikan keselamatan semua pihak.

Beliau turut berharap program berkenaan mampu meransang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat melalui kedatangan pelancong.

“Program seperti ini dapat menarik lebih ramai pengunjung khususnya dari luar daerah untuk menyertai aktiviti ini sekaligus berkunjung ke gerai dan kedai di pasar Selangau.

“Ini akan memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menambah pendapatan menerusi aktiviti perniagaan sepanjang pesta tersebut,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan