Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah didedahkan pada hari Rabu (15 Jun) dalam satu majlis rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha
Poster rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah didedahkan pada hari Rabu (15 Jun) dalam satu majlis rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha. Foto: Reuters

Poster rasmi Piala Dunia 2022 didedahkan

ByJas

QATAR, 16 Jun : Poster rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah didedahkan semalam pada satu majlis rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, di sini, lapor Reuters.

Poster itu menggambarkan tudung kepala tradisional Qatar yang dilambung ke udara mempamerkan satu gerakan keraian yang dilakukan oleh peminat yang menonton bola sepak. 

Elemen lain yang disertakan ialah bola sepak dan tulisan Arab berbunyi ‘hayya,’ yang bermaksud ‘jom pergi’.

Reka bentuk itu dicipta oleh graduan Universiti Komanwel Virginia di Qatar, Bouthayna Al Muftah. 

Artis itu turut menghasilkan tujuh poster tambahan yang dipamerkan semasa majlis itu dan kini dipamerkan di seluruh lapangan terbang.

“Ghitra (perkataan bahasa Arab untuk ‘pakaian kepala tradisional’) yang diangkat ke udara pada poster utama seperti yang anda lihat, ia menyatakan perasaan bagaimana orang meraikan kemenangan.

“Jadi, saya mahu menunjukkannya secara tidak langsung perasaan gembira yang mewakili Qatar,” kata Al Muftah kepada Reuters selepas majlis itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan