Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kerjasama penjawat awam dan pimpinan negeri untuk manfaat Sarawak

KUCHING, 16 Jun : Kerjasama di antara penjawat awam dan pimpinan kerajaan negeri sangat penting bagi memastikan kesejahteraan, kemakmuran serta kejayaan sesebuah negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jalinan kerjasama erat itu wujud di Sarawak dan telah dibuktikan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 yang mana penjawat awam dan pimpinan kerajaan saling bekerjasama untuk mengekang penularan wabak berkenaan.

“Sebab itu pentingnya kerjasama penjawat awam dan pimpinan negeri diteruskan kerana kita dapat mengenal pasti arah tuju Sarawak.

“Pada masa sama, kita bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Raya anjuran Jabatan Premier Sarawak, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Berhubung usaha untuk memulihkan ekonomi, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk membela nasib rakyat di negeri ini.

“Pelaksanaan PCDS ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti beberapa sektor yang harus diperbaiki dan seterusnya diyakini memberi pendapatan kepada Sarawak,” ujarnya.

Tambah Abang Johari, pada Mesyuarat Kabinet Negeri baru-baru ini, persetujuan dicapai untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi harapan tinggi rakyat, serta kekal fokus untuk mencapai objektif PCDS 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan