Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
sekolah baharu Bau
Calon guru berasal Sarawak yakin mereka mampu menampung masalah kekurangan guru di negeri ini.

Calon guru anak Sarawak kecewa, rayu kuota pengambilan ditambah

KUCHING, 16 Jun : Kegagalan seramai 202 calon guru berasal Sarawak bagi pengambilan jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 adalah bukan kerana mereka tidak layak sebaliknya disebabkan kuota terhad oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Jurucakap kumpulan itu, Henry Sait Voniface Sudok berkata, kesemua calon berkenaan berasa sangat kecewa selepas penantian panjang mereka tidak berakhir dengan keputusan yang diharapkan.

Katanya, keputusan pengambilan bagi jawatan gred DG41 yang diumumkan pada pada 28 Mei 2022 lepas juga menyaksikan ramai calon dari Sarawak gagal.

” (Kegagalan) bukan kerana tidak kompeten namun disebabkan jumlah kuota terhad,” katanya menerusi kenyataan baru-baru ini.

Sehubungan itu ujarnya, kumpulan calon guru berkenaan mengharapkan ihsan daripada  Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak untuk membantu dengan menyerap mereka ke dalam perkhidmatan melalui semua prosedur pengambilan guru COS 2021.

“Ini bertujuan untuk mengisi kekurangan guru di Bumi Kenyalang pada tahun ini selain bertepatan dengan dasar 90 peratus guru tempatan berasal dari Sarawak yang diinginkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Tambahnya lagi, kumpulan calon guru ini juga telah menghantar surat rasmi permohonan kuota khas Anak Sarawak kepada Pengarah Pendidikan Sarawak, Menteri Pendidikan Sarawak, Timbalan I dan II memandangkan masih terdapat kekurangan guru di negeri ini.

“Besar harapan kami untuk melihat Kerajaan Sarawak menerusi JPN Sarawak mengambil anak kelahiran Sarawak menjadi pendidik di tempat sendiri,”katanya.

Sementara itu surat rasmi dari wakil kumpulan anak Sarawak telah juga katanya telah diterima oleh JPN Sarawak selain memaklumkan isu itu kini telah diambil oleh Timbalan Menteri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I negeri, Dr. Annuar Rapaee.

“Pengambilan anak kelahiran Sarawak ini akan dapat mengurangkan masalah yang sering ditimbulkan oleh guru dari Semenanjung Malaysia yang mendapat penempatan di Sarawak tetapi enggan melapor diri, enggan mengajar di kawasan luar bandar, kampung dan pedalaman Sarawak.

“Mereka juga hanya mahu berkhidmat dalam masa yang singkat kemudian berhenti atau melarikan diri,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan