Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penubuhan Akademi Badminton Prowira diyakini mampu melahirkan lebih ramai pemain badminton yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.

Akademi Badminton Prowira berpotensi lahirkan ramai pemain berkaliber

ByYazid Ibrahim

SIBU 16 Jun : Penubuhan Akademi Badminton Prowira diyakini mampu untuk melahirkan lebih ramai pemain badminton Sarawak yang menyerlah di peringkat antarabangsa.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya akan sentiasa menyokong usaha mencungkil bakat baharu untuk mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia dalam sukan berkenaan.

Katanya, sokongan padu dari badan korporat terutama membabitkan aspek kewangan dan tajaan termasuk penyediaan fasiliti juga akan membantu mengembangkan lagi potensi pemain badminton muda.

“Menerusi kemudahan yang sangat selesa seperti sekarang ditambah sokongan komuniti, jurulatih yang bagus, program terancang serta kemudahan yang diperlukan, ia akan membantu Sarawak melahirkan pemain yang hebat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan akademi berkenaan di sini semalam.

Sempena perasmian di Catholic High School, akademi berkenaan turut menerima geran sebanyak RM7,000.

Gelanggang badminton ini akan dibuka kepada orang awam bermula Julai ini secara percuma.

Akademi itu ditubuhkan pada 2001 dan kini mempunyai 150 pelatih dengan lapan jurulatih yang diketuai oleh Ngu dan Columba Tiong yang juga pengasas akademi dan enam penolong jurulatih.

Sehingga kini, kira-kira 70 hingga 80 pelatih telah mewakili Sarawak pada pertandingan badminton peringkat negeri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan