Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Annuar Rapaee merasmikan Kempen Kesedaran Alam Sekitar Planet Us di bawah Program International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) 2022 di sini hari ini.

Sokong subjek alam sekitar diajar di sekolah

KUCHING, 15 Jun : Subjek berkaitan pendidikan alam sekitar dilihat penting untuk diajar di sekolah bagi menyokong hasrat Kerajaan Sarawak untuk mencapai kelestarian alam sekitar menjelang 2030.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr. Annuar Rapaee berkata, subjek ini akan membantu pelajar untuk mendalami alam sekitar dengan lebih baik.

Katanya, setakat ini penekanan mengenai alam sekitar hanya diajar ‘di bawah’ subjek sains di peringkat sekolah.

“Saya bersetuju sekiranya pendidikan ini dijadikan sebagai sebuah mata pelajaran yang khusus,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Alam Sekitar Planet Us di bawah Program International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) 2022 di sini hari ini.

Menurut Dr. Annuar, pendidikan alam sekitar ini perlu diajar dan dididik di peringkat yang lebih awal.

Katanya, ini kerana perubahan kepada gaya hidup yang mampan dan penyelesaiannya ke arah masa depan yang lebih hijau sememangnya akan mengambil masa yang lebih lama.

“Dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi mencapai kelestarian alam sekitar tidak akan berkesan sekiranya kita tidak dapat mengubah sikap masyarakat.

“Oleh itu, perkara ini perlu dititikberatkan sejak anak-anak di bangku sekolah lagi,”katanya.

Kempen Kesedaran Alam Sekitar Planet Us merupakan usaha sama antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan Biji-Biji Initiative yang bermula pada 15 hingga 26 Jun di Pustaka Negeri Sarawak.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan