Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Sarawak kembali dianjurkan secara fizikal di Sibu pada tahun ini setelah dua tahun dianjurkan secara hybrid akibat penularan pandemik COVID-19.

Sibu tuan rumah Sambutan Hari Sarawak 2022

SIBU, 15 Jun : Sambutan Hari Sarawak kembali dianjurkan secara fizikal di sini pada tahun ini setelah dua tahun dilangsungkan secara hybrid akibat penularan pandemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sambutan akan berlangsung pada 22 Julai ini.

Katanya acara yang bermula sejak 2016 itu diisytiharkan sebagai cuti umum di Sarawak.

“Kita mahu tarikh berkenaan diingati seluruh rakyat Sarawak sebagai detik penting dalam sejarah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Sarawak.

“Detik bersejarah ini harus diingati oleh seluruh lapisan masyarakat di Sarawak terutamanya generasi muda,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai ‘sejarah penting itu’, Fatimah berkata, pada tarikh berkenaan, Sarawak pernah berkerajaan sendiri untuk tempoh selama dua bulan sebelum membentuk Persekutuan Malaysia bersama Sabah dan Tanah Melayu ketika itu.

“Bertitik tolak daripada tarikh tersebut, Sarawak membina persefahaman antara masyarakat berbilang kaumnya yang seterusnya membentuk sebuah negeri yang bersatu padu dan harmoni,” jelas beliau.

Fatimah turut menyeru orang ramai agar mengambil peluang ini untuk mengibarkan bendera Sarawak di premis masing-masing sebagai tanda kesyukuran dan memeriahkan lagi sambutan Hari Sarawak.

“Sayangilah Sarawak dan kekalkan keharmoniannya, kibarkan bendera Sarawak sebagai tanda bangga menjadi anak Sarawak,”kata beliau.

Antara pengisian program yang akan dijalankan ketika sambutan tersebut adalah persembahan Teater Muzikal Rosli Dhobi yang berdurasi 30 minit, Lagu Khas Hari Sarawak 2022, video khas Hari Sarawak yang bertajuk The Lost Kingdom of Sarawak.

“Kita juga ada persembahan tarian bertemakan ‘Thousand Hand, Thousand Hope’ dan persembahan artis tempatan dan artis terkenal tanah air,” katanya.

Orang ramai dijemput hadir ke Stadium Tertutup Sibu pada 22 julai 2022 ini pada pukul 8 malam bagi meraikan sambutan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan