Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga india yang dilaporkan hilang dari 'radar' kedutaan india di Kuala Lumpur sejak tujuh tahun yang lalu telah berjaya dijumpai selamat.

Rakyat India hilang tujuh tahun rupanya ‘berbini’ wanita Sibu

SIBU, 15 Jun : Seorang lelaki warga India yang dikategorikan sebagai orang hilang oleh kedutaan negara itu di Kuala Lumpur sejak tujuh tahun ditemui selamat di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berkenaan, Sushil Singh, 27, dikesan pada Ahad lepas.

Katanya, polis telah dihubungi oleh seorang pemberi maklumat yang memaklumkan lokasi lelaki itu tinggal.

“Hasil siasatan, polis mendapati dia sebenarnya telah berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan bekerja sebagai buruh,”katanya menerusi kenyataan media.

Katanya, sepasukan anggota daripada Balai Polis Sibujaya yang menjalankan siasatan mendapati lelaki itu merupakan individu yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu juga telah memaklumkan kepada Kedutaan India berhubung perkembangan berkenaan.

Sebelum ini polis mendapat petunjuk mengenai kehilangan lelaki itu apabila kedudukan terakhirnya dikesan ketika berada di Lapangan Terbang Sibu pada 3 Jun 2015.

Susulan itu, pihak polis telah melakukan pelbagai usaha untuk mengesan Sushil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan