Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JAKARTA, 15 Jun : Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan rombakan kabinet negara itu pada hari ini yang menyaksikan dua menteri baharu dilantik.

Presiden Indonesia lakukan rombakan Kabinet

JAKARTA, 15 Jun : Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan rombakan kabinet negara itu pada hari ini yang menyaksikan dua menteri baharu dilantik.

Rombakan kabinet kali keiga sejak 2019 turut melibatkan tiga timbalan menteri.

Antara muka baharu yang membarisi kabinet Jokowi ialah Zulkifli Hasan yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan menggantikan Muhammad Lufti.

Bekas Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto pula dilantik sebagai Menteri Agraria dan Tata Ruang (ATR), menggantikan Sofyan Djalil.

Setiausaha Kabinet, Pramono Anung mendedahkan bahawa keputusan Jokowi menukar beberapa menteri adalah bagi menyuntik idea baharu dalam barisan pentadbiran dan seterusnya mencapai misi Indonesia Maju.

Pramono berkata, rancangan rombakan itu telah difikirkan dengan teliti dan melalui perbincangan yang panjang.

“Presiden sangat memerlukan idea baharu daripada beberapa menteri dan tiga timbalan menteri,” katanya kepada pemberita di Istana Presiden di sini hari ini.

Beliau memberitahu, ketika ini merupakan waktu paling sesuai untuk Jokowi berbuat demikian.

Susulan pengumuman itu, Zulkifli akan memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah keperluan asas yang berlaku di negara berkenaan ketika ini termasuklah bekalan minyak masak.

Di sektor tanah pula, Hadi akan diuji bagi menyelesaikan pertikaian tanah selain perlu memastikan negara itu bersedia untuk pemindahan ibu kitanya ke Nusantara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan