Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis percaya penahanan seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Boy dapat menyelesaikan sekurang - kurangnya 22 kes curi yang dilaporkan.

Lelaki dikenali Boy miliki 22 rekod jenayah ditahan di Jalan Tapang

PADAWAN, 15 Jun : Polis percaya penahanan seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Boy dapat menyelesaikan sekurang – kurangnya 22 kes jenayah yang dilaporkan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 28 tahun berasal dari Kampung Semerah Padi itu ditahan pada pukul 3.15 petang semalam di kawasan semak berhampiran sebuah bangunan kosong di Jalan Tapang, Batu 7, dekat sini.

Katanya, lelaki itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di situ ketika sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sedang melakukan rondaan rutin.

“Menyedari kehadiran polis, suspek melarikan diri dan berlaku pergelutan membabitkan anggota polis dengan lelaki itu sebelum dia berjaya ditahan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, berdasarkan soal siasat, suspek mengaku mencuri sebuah motosikal dan besi di sebuah stesen minyak di Batu 6.

“Suspek juga mengaku melakukan jenayah itu bersama seorang lagi rakannya,” katanya.

Semakan mendapati suspek mempunyai 18 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan masing – masing dua kes lagi berkaitan narkotik dan jenayah komersial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan