Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri Sarawak akan sentiasa menggalakkan usahawan untuk bergerak ke arah keusahawanan digital.

Jualan ‘online’ usahawan Sarawak di platform BROSS cecah RM100 juta

SIBU, 15 Jun : Lebih 10 000 usahawan Sarawak yang berdaftar dengan platform Facebook Bazar Rakyat Online Sarawakku Sarawak (BROSS) berjaya mencatatkan jualan mencecah RM100 juta.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sehubungan itu kerajaan negeri menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) akan terus melatih usahawan tempatan bergerak ke arah pendigitalan perniagaan.

Katanya, bagi menyokong usaha berkenaan, setakat ini kementerian telah melatih lebih 8,000 usahawan Sarawak melalui pelbagai program pembangunan kapasiti untuk meningkatkan daya saing dan kemahiran usahawan tempatan.

“Saya turut terkejut apabila dimaklumkan jualan mereka mencecah angka ratusan juta.

“Jualan secara dalam talian ini sangat berpotensi untuk terus berkembang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jum Resigta Bisnes di Dewan Kelab Melayu, Kampung Nyabong di sini semalam.

Menekankan kepentingan pendigitalan perniagaan, Awang Tengah yang juga Menteri MINTRED berkata, aspek berkenaan tidak boleh disangkal lagi terutamanya dengan ‘gangguan yang dibawa’ oleh pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas

Katanya, ketika itu banyak perniagaan yang tidak mengaplikasikan kaedah digital terpaksa menutup operasi manakala bagi yang ingin bertahan, mereka terpaksa menerapkan pendigitalan.

Pada masa sama, Awang Tengah turut memaklumkan, Kerajaan Sarawak berterusan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menyokong usahawan tempatan.

“Kita akan terus aktif dalam memastikan penyertaan usahawan tempatan dalam ekspo di peringkat nasional ataupun antarabangsa.

“Antara usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan produknya ke luar negara adalah dengan menubuhkan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS),”katanya.

Katanya kerajaan negeri juga bercadang untuk menubuhkan STATOS di Brunei dan Kalimantan, Indonesia pada masa hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan