Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pendaftaran lesen perniagaan adalah sangat penting bagi memudahkan kerajaan untuk mengenal pasti peniaga bagi urusan penyaluran bantuan.

Daftar peniaga untuk mudah terima bantuan – Awang Tengah

SIBU, 15 Jun : Pendaftaran lesen perniagaan sangat penting bagi memudahkan kerajaan untuk mengenal pasti peniaga yang memerlukan bantuan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelbagai bantuan telah diwujudkan ketika pendemik yang bukan sahaja memanfaatkan orang awam malahan golongan peniaga.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan tiada pihak yang tercicir daripada menikmati bantuan yang diberikan,” katanya.

Beliau ketika berucap di Program Jum Rigista Bisnes di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) yang disertai lebih kurang 200 orang peserta semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata, antara cabaran utama yang dihadapi adalah sukar mengenal pasti peniaga terutama yang tidak berlesen.

“Yang tidak berlesen, walaupun kita mahu bantu tapi bagaimana kita hendak mengenal pasti mereka.

“Ini adalah salah satu masalah yang kita hadapi untuk menyalurkan bantuan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan