Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub meninggal dunia pada pukul 2.06 pagi tadi.

Tokoh pendidikan, pengarah pertama ITM Tun Arshad meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 14 Jun : Tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub meninggal dunia pada pukul 2.06 pagi tadi.

Mengesahkan berita pemergian itu, keluarga Allahyarham menerusi satu kenyataan berkata jenazah Allahyarham ketika ini masih lagi berada di hospital.

Allahyarham sebelum ini dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan.

Arshad, 93, merupakan pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975 yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sepanjang hayatnya, Allahyarham menabur bakti di UiTM dan dilantik sebagai Pro-Canselor selain pernah dipinjamkan sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Utama, Kementerian Pertanian dan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Allahyarham juga aktif berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan berkanun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan