Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.

Tahap kesedaran syarikat terhadap alam sekitar masih rendah – Dr Hazland

KUCHING, 14 Jun : Sektor perindustrian negara dilihat masih mempunyai tahap kesedaran terhadap alam sekitar yang rendah.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata, industri yang paling tinggi kadar pencemarannya ialah industri berat seperti minyak dan gas.

“Sekiranya ada (syarikat yang menekankan kelestarian terhadap alam sekitar), jumlah masih sangat rendah,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena Bengkel Kesedaran  Alam sekitar, Sosial dan Tadbir urus (ESG) : Memacu Agenda Hijau, di sini hari ini.

Dr Hazland berkata, kegagalan syarikat tempatan untuk mematuhi kriteria yang ditetapkan akan menyebabkan mereka berdepan kesukaran termasuk membuat pinjaman kewangan.

Sementara itu bersempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022, Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) mengadakan Bengkel ESG dengan tema Memacu Agenda Hijau.

ESG merupakan tiga faktor utama untuk mengukur kemampanan dan kesan etika pelaburan dalam perniagaan atau syarikat.

Bagi kriteria sosial, syarikat terlibat menyumbangkan sebahagian peratusan keuntungan kepada masyarakat setempat selain menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sebagainya.

Manakala untuk kriteria tadbir urus pula, pihak syarikat memastikan kaedah perakaunan yang tepat dan telus, berintegriti dalam memilih pemimpin, strategi cukai dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Jadi itu merupakan kriteria untuk penilaian ESG dan penilaiannya adalah sangat penting untuk masa hadapan dan sekarang yang mana institusi kewangan tertentu akan menggunakan ESG untuk menilai beberapa syarikat besar contohnya syarikat minyak dan gas,”tambah Dr Hazland.

Sehubungan itu, beliau mahu pemain industri Sarawak terutamanya sektor hidrokarbon dan industri besar menyedari perkara berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan