Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah syarikat daripada Singapura berhasrat untuk menambah pelaburan dalam merancakkan semula sektor pelancongan di Sabah.

Syarikat Singapura berhasrat bangunkan hotel bertaraf lima bintang di Sabah

SINGAPURA, 14 JUN : Sebuah syarikat daripada Singapura berhasrat untuk menambah pelaburan dalam merancakkan semula sektor pelancongan di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata kerajaan negeri dan syarikat berkenaan bercadang untuk membangunkan sebuah resort dilengkapi dengan kemudahan hotel bertaraf lima bintang dan juga taman tema.

“Kerajaan negeri akan terlebih dahulu cadangan untuk membangunkan resort, memandangkan syarikat terbabit memilih kawasan yang berada dibawah pengurusan Taman-Taman Sabah (TTS),” Katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

“Pada masa yang kami akan melihat pendekatan terbaik yang boleh membawa pelaburan ke tempat berkenaan kerana ia adalah kawasan taman yang dilindungi.

“Ia antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Pengerusi Eksekutif, GSH Corporation, Datuk Sam Goi ketika berada di negara jiran itu baru-baru ini,” katanya.

Sehubungan itu, hasrat untuk membangunkan taman tema pertama di Sabah juga turut dibincangkan.

Katanya, industri taman tema semakin meningkat dan dengan adanya pelabur luar yang mahu membangunkan taman tema, beliau berharap di masa akan datang negeri Sabah juga mempunyai taman tema yang setanding dengan Desaru Coast dan Legoland Malaysia.

Jafry berharap ia mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada kerajaan negeri Sabah terhadap perancangan mereka untuk melabur di negeri itu.

“Ini adalah satu ruang dan peluang untuk Sabah kerana ia bukan sahaja mampu membawa lebih ramai pelancong tetapi juga akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus merancakkan lagi ekonomi negeri Sabah”. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan