Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Portugal António Costa bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK) Boris Johnson di London sejurus sebelum sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Madrid, dan kedua-dua pihak sepakat mengenai keperluan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan perikatan itu, lapor Sputnik. --foto Reuters

Portugal, UK setuju perlunya tingkatkan perbelanjaan ketenteraan NATO

MOSCOW, 14 Jun : Perdana Menteri Portugal António Costa bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK) Boris Johnson di London sejurus sebelum sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Madrid, dan kedua-dua pihak sepakat mengenai keperluan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan perikatan itu, lapor Sputnik.

“Perdana Menteri mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri António Costa dari Portugal ke Downing Street hari ini menjelang sidang kemuncak pemimpin NATO dijadual berlangsung akhir bulan ini…

“Kedua-dua pihak bersetuju mengenai keperluan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan perikatan, serta lebih banyak kerjasama diperlukan dalam membangunkan peralatan pertahanan bagi memastikan integrasi yang lebih luas dalam NATO.

“Perdana Menteri menyatakan bahawa UK dan Portugal berkongsi pandangan sama terhadap NATO dan menegaskan bahawa penting agar pakatan itu kekal bergerak sederap mengenai isu Ukraine,” menurut pejabat perdana menteri UK dalam satu kenyataan.

Kedua-dua perdana menteri itu turut mengalu-alukan permohonan Finland dan Sweden untuk menyertai NATO. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan