KUCHING, 14 Jun : Malaysia mendahului Bangladesh 2 -1 pada separuh masa pertama perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Beraksi di hadapan hampir 50,000 penyokong, Safawi Rasid memastikan Harimau Malaya berada di hadapan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-16.
Bangladesh yang tenggelam punca pada awal permainan kembali memberi saingan apabila Mohammad Ibrahim menyamakan kedudukan pada minit ke-31.
Skuad negara yang berpeluang cerah untuk mara ke Piala Asia secara merit dalam tempoh 40 tahun jika menang malam ini kembali mengatur permainan untuk meredakan ancaman lawan.
Hasilnya, pemain yang berpengkalan di Belgium, Dion Cool berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-38. -TVS