Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia akan mengetuai pembangunan ujian klinikal beberapa ubat-ubatan sedia ada yang digunakan bagi penyakit lain untuk merawat demam denggi di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Kes denggi di Kedah meningkat sebanyak 143.8 peratus sehingga 11 Jun lepas apabila merekodkan 490 kes berbanding 201 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Kes denggi di Kedah meningkat 143.8 peratus – Dr Othman

ALOR SETAR, 14 Jun : Kes denggi di Kedah meningkat sebanyak 143.8 peratus sehingga 11 Jun lepas apabila merekodkan 490 kes berbanding 201 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Othman Warijo berkata satu kematian dicatatkan akibat denggi setakat ini manakala bilangan wabak meningkat kepada 55 kes berbanding hanya lapan bagi tempoh sama pada 2021.

“…daripada jumlah wabak yang dilaporkan ini terdapat tiga ‘hotspot’ yang telah berjaya dikawal, lapan wabak masih aktif manakala 44 wabak lagi telah tamat.

“Dalam tempoh itu, sebanyak 157,399 premis telah diperiksa dan 2,887 kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai lebih RM1.3 juta kepada pemilik premis yang terdapat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Othman berkata aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan bagi kesemua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan.

“Antara aktiviti kawalan vektor yang dilakukan melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan akan dijalankan untuk setiap kes tunggal atau wabak.

“Bagi mengekang denggi dari terus merebak, masyarakat perlu membersihkan kawasan persekitaran dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes, menggunakan semburan aerosol, menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik, menggunakan repelan serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, sakit sendi teruk dan ruam,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan