Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Balu allahyarham Tun Arshad Ayub iaitu Toh Puan Zaleha Arshad (tengah) menyiram air mawar ke pusara suaminya yang juga Tokoh pendidikan negara, selepas pengkebumian di Makam Diraja Shah Alam hari ini.
Balu allahyarham Tun Arshad Ayub iaitu Toh Puan Zaleha Arshad (tengah) menyiram air mawar ke pusara suaminya yang juga Tokoh pendidikan negara, selepas pengkebumian di Makam Diraja Shah Alam hari ini. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan. Arshad, 93, adalah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak tahun 1967 hingga 1975 sekali gus pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM). Foto: Bernama

Jenazah Tun Arshad Ayub selamat dikebumikan

ByBernama

SHAH ALAM, 14 Jun: Jenazah tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Selangor.

Jenazah pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) itu yang diiringi ahli keluarga selamat dikebumikan kira-kira 3 petang selepas disembahyangkan di Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun pada 2.06 pagi tadi akibat mengalami masalah kesihatan meninggalkan isteri, Puan Sri Zaleha Mohd Arshad, 82, serta tujuh orang anak. 

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah serta Alumni UiTM.

Anak keenam Allahyarham, Datin Sri Azlin Arshad berkata antara pesanan Allahyarham yang sentiasa diingati ialah agar sentiasa membalas semula kebaikan individu yang telah menolong kita.

“Arwah pernah pesan di mana ayah berada sekarang, tidak mungkin dia boleh capai tanpa pertolongan orang lain dan sentiasa kenang budi orang selalu,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham menabur bakti di UiTM dan dilantik sebagai Pro-Canselor selain pernah dipinjamkan sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Utama, Kementerian Pertanian dan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Allahyarham juga aktif berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan berkanun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan