Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bersempena dengan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022, Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) telah menganjurkan pelbagai program untuk memberi peluang kepada golongan belia di negeri ini menguasai teknologi digital. Foto: Elani Rosllan

IDECS 2022 : CENTEXS laksana inisiatif perkasa belia pada era digital

ByElani Rosllan

KUCHING, 14 Jun : Bersempena dengan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022, Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) telah menganjurkan pelbagai program untuk memberi peluang kepada golongan belia di negeri ini menguasai teknologi digital.

Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Syeed Mohd. Hussein Wan Abdul Rahman berkata, antara program yang diadakan adalah Simposium Karnival Digital, Community Technical Outreach Program (TOP), Bengkel Teknologi Asas Pembangunan Aplikasi Android, Bengkel Teknologi Imersif Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR), Penyambungan Kabel Fiber Optik (Splicing).

Baca > > > IDECS 2022: CENTEXS lancar Simposium Antarabangsa Transformasi Industri Digital

Katanya, pada 6 dan 7 Jun lepas juga telah berlangsung simposium antarabangsa yang menyaksikan kehadiran pakar digital dari syarikat ternama global seperti Huawei, EON Reality, Bosch Rexroth, NexT Schlumberger dan Keysight Technologies berkongsi pengalaman mereka dalam membangunkan industri teknologi digital.

“Perkongsian dari syarikat-syarikat mega ini telah menarik minat ramai peserta, lebih-lebih lagi golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang ini,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau turut menambah bahawa belia di Sarawak mempunyai keinginan yang tinggi untuk mempelajari bidang digital namun belum berpeluang untuk berbuat demikian disebabkan kekangan seperti di pedalaman, selain tidak mempunyai capaian internet.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademi Digital CENTEXS, Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim berkata, respon yang diterima daripada belia di Sarawak berhubung program meningkatkan kemahiran digital amat memberangsangkan.

Dr Hanani ketika mengadakan lawatan di bengkel-bengkel di CENTEXS Santubong.

Katanya, di pihak CENTEXS, mereka amat memahami bahawa bakat sangat penting dan menerusi Akademi Digitalnya, kita mahu melahirkan lebih banyak pencipta kandungan digital berbanding pengguna.

“Walaupun kita masih belum mempunyai sesuatu teknologi namun dengan bakat dan kemahiran, kita berkebolehan untuk mencipta suatu teknologi baharu,” katanya.

Dr Hanani menambah, beliau yakin Akademi Digital CENTEXS mampu untuk membantu belia Sarawak dalam menerajui teknologi digital sekali gus memenuhi permintaan dalam industri terbabit.

Dalam sidang media yang sama, CENTEXS turut mendedahkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama dengan IBM dan Microsoft dalam usaha meningkatkan lagi kemahiran rakyat tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan