Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan telah menahan 17 lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan, baru-baru ini.

Kes gaduh di hadapan pusat hiburan, polis tahan 17 suspek lelaki

SANDAKAN, 14 Jun : Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan telah menahan 17 lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 19 tahun hingga 40 tahun telah ditahan secara berasingan.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati pergaduhan itu berlaku lebih kurang jam 11.30 malam Sabtu lalu di hadapan sebuah pusat hiburan di Bandar Utama Batu 6, Sandakan.

“Punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa hari lepas, tular sebuah video berdurasi 27 saat di media sosial yang memaparkan kes pergaduhan di Sandakan melibatkan sekumpulan lelaki.

Video tular itu dimuatnaik oleh seorang pengguna dengan menulis kapsyen “Ni lah Dai Goh Dai Goh Ganster IJM ni”.

Menurut Mohd Hamizi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan